Tuesday, March 3, 2009

Jantung kita




















Jantung kita dicipta khas bagi memenuhi keperluannya sebagai pam yang mengepam darah keseluruh badan. Jantung manusia dibina daripada otot miokardium iaitu sejenis otot yang mengecut secara beritma yang dicetuskan tanpa melibatkan kawalan saraf.



Dalam dinding atrium kanan terdapat satu berkas kecil tisu yang dinamakan nodus sinuatrium. Di bahagian dasar septum atrium kanan pula terdapat satu kawasan tisu yang dinamakan nodus atrioventrikal.

Peredaran darah disebabkan pengecutan otot kardiak pada jantung. Pengecutan jantung bermula apabila nodus sinuatrium mula menjanakan impuls (maklumat elektrik ) di kedua-dua atrium dan menyebabkannya mengecut. Nodus sinuatrium juga dikenali sebagai perentak.

No comments:

Post a Comment